BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 11, 2009

apa HAK kami??

Wanita..Afita..
dekat2 same kn..huhuu..
aku nk kongsi dengan korang semua..

Apakah Keganasan Terhadap Wanita?

Keganasan Terhadap Wanita adalah perbuatan yang menganiayai wanita dan kanak-kanak dalam pelbagai cara, semata-mata kerana wanita tersebut dianggap sebagai tidak mempunyai taraf yang sama dengan seorang lelaki. Keganasan Terhadap Wanita meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya. Ianya juga sudah tertanam dalam semua budaya sehinggakan berjuta-juta wanita menganggapnya sebagai satu cara hidup mereka.

KATEGORI-KATEGORI UTAMA KEGANASAN YANG BERLAKU TERHADAP WANITA

Penderaan Psikologi dan Emosi
Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita boleh meninggalkan kesan buruk sama seperti penderaan fizikal kerana ianya boleh membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita dan keupayaan beliau mengawal kehidupan sendiri.

Penderaan Fizikal
Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang dan menggunakan senjata adalah contoh jelas penderaan seumpama ini. Menghalang keperluan manusia seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan adalah juga merupakan salah satu bentuk penderaan fizikal.

Penderaan Seksual
Memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan hubungan boleh dikategorikan sebagai penderaan seksual.

Penderaan Sosial
Penderaan berbentuk ini sering berlaku di dalam rumah di mana wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan dari mendapat sokongan luar.

Penderaan Kewangan
Seorang wanita yang dihalang dari mencari pekerjaan atau yang tidak dibenarkan untuk membuka akaun bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri sebenarnya menghadapi penderaan dari aspek kewangan. Tanpa kawalan terhadap kedudukan kewangannya akan menyebabkan seorang wanita bergantung sepenuhnya kepada tindakan orang lain untuk mendapatkan walaupun keperluan asas beliau.




p/s : jgn terpedaya dengan luaran lelaki shj.kenal hati budi supaya tidak menyesal hari kelak. tp kalau terpedaya jgk...ape lg..dh boleh angkat kaki..

0 comments: